things to ponder..

...Renungkanlah kandungan-kandungan Al-quran. Ada satu petikan dari kitab Taurat yang dinukilkan dalam kitab Ihya 'Ulumuddin, Allah s.w.t berfirman, '' wahai hambaKu, apakah kamu tidak malu terhadapKu? jika kamu menerima sepucuk surat daripada kawanmu semasa kamu sedang berjalan, kamu akan duduk berhenti si suatu tempat serta membaca surat itu dengan penuh perhatian dan kamu akan merenung setiap perkataan. Sedangkan, kitabKu telah datang kepadamu dan dalam kitab itu Aku telah menerangkan segala sesuatu. sesetengan perkara yang penting Aku ulang-ulangkan beberapa kali supaya kamu memikirkan tentang perkara itu, tetapi kamu tidak pun mempedulikan kitab itu. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada kawanmu? Wahai hambaKu, sesetengah rakan-rakanmu duduk bersamamu serta berbual-bual denganmu dan kamu memberikan sepenuh perhatian kepada mereka. Kamu akan mendengar dan akan cuba memahami perkataan mereka. Sekiranya ada sesiapa yang mencelah maka kamu akan melarangnya dengan isyarat tanganmu. Aku berkata-kata melalui kitabKu tetapi kamu tidak sedikit pun memberi perhatian kepadaKu. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada rakan-rakanmu? ''


copied from this book

headshot.
forgive me Ya Rabb.




-9.51 am, 09-02-2013,home sweet home-



No comments:

Post a Comment