aku & procrastinate
aku dan procrastinate ibarat isi dan kuku.kami terlalu rapat sehingga amat sukar untuk dipisahkan. sehari tanpa procrastinate aku rasa diri aku bukan aku lagi. Aku tahu hampir semua orang benci kepada procrastinate, aku juga seperti mereka suatu masa dulu tetapi nafsu & syaitan berjaya mempengaruhi aku untuk setia dengan procrastinate walaupun ramai yang membencinya. kadang-kadang aku juga merasa menyampah dengan diri aku sendiri, kenapalah aku suka sangat kepada procrastinate.aku cuba untuk memisahkan diri aku dari nya,sangat cubaa! tapi yaa..ia sering kali menemui kegagalan.namun hari ini aku bertekad & berazam untuk berterus terang dengan nya, bahawa kami memang tidak boleh bersama lagi kerana aku amat khuatir aku akan mendapat murka penciptaku andai terus bersama dengan nya.maafkan aku procrastinate, sampai di sini sahaja persahabatan kita kerana selama kita berkawan engkau sama sekali tidak pernah memberi apa-apa manfaat kepada aku.maafkan aku.
p/s : kepada yang membaca tolong doakan 'aku'.
-10.29 am,23/03/2013,rumah-
No comments:
Post a Comment