...

selasa,28 ramadhan. YA! 28 RAMADHAN.. bukan nak buat ayat basi penyesalan ke apa..tapi seriously rasa sayu sangat T.T sebab sebab diri ni sangat teruk :'(

saat ramadhan hampir melabuhkan tirai..


ketika para solihin busy mencari lailatul qadr,
ketika para muslimin sibuk mengkhatamkan al-quran,
ketika para mu'minin leka beramal..

tapi diri ini masih lena di buai mimpi
masih leka melayan movie
masih mampu membuang masa...

Allah :'( bukan bukan diri ini tidak cuba mencari lailatulqadr,bukan tidak cuba untuk tidur sedikit, bukan tidak sedar betapa ruginya membuang masa.bukan tidak berusaha untuk mengkhatamkan quran.bukan tidak bersungguh memohon keampunan...cuma usahanya terlalu sedikit..selalu tewas dek nafsu.nafsu sebesar gajah mungkin T.T

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Al-Bukhari)


celaka kah aku?
semoga bukan aku, semoga bukan engkau, semoga bukan kita.ameennn


tinggal sehari ramadhan berbaki, semoga mampu manfaatkan sebaiknya.agak terlambat bukan?:'(...
tapi aku selalu percaya tiada istilah terlambat dalam memohon keampunan,
tiada istilah terlambat dalam bertaubat.

6.55 am,6 august 2013,home sweet home





aku & procrastinate


aku dan procrastinate ibarat isi dan kuku.kami terlalu rapat sehingga amat sukar untuk dipisahkan. sehari tanpa procrastinate aku rasa diri aku bukan aku lagi. Aku tahu hampir  semua orang benci kepada procrastinate, aku juga seperti mereka suatu masa dulu tetapi nafsu & syaitan berjaya mempengaruhi aku untuk setia dengan procrastinate walaupun ramai yang membencinya. kadang-kadang aku juga merasa menyampah dengan diri aku sendiri, kenapalah aku suka sangat kepada procrastinate.aku cuba untuk memisahkan diri aku dari nya,sangat cubaa! tapi yaa..ia sering kali menemui kegagalan.namun hari ini aku bertekad & berazam untuk berterus terang dengan nya, bahawa kami memang tidak boleh bersama lagi kerana aku amat khuatir aku akan mendapat murka penciptaku andai terus bersama dengan nya.maafkan aku procrastinate, sampai di sini sahaja persahabatan kita kerana selama kita berkawan engkau sama sekali tidak pernah memberi apa-apa manfaat kepada aku.maafkan aku.

p/s : kepada yang membaca tolong doakan 'aku'.


-10.29 am,23/03/2013,rumah-


cekodoksss


Petang tadi tah kenapa mulut terasa teringin mengunyah, so terfikir2 nak makan apa yek..nak pergi beli so malass,so pergi dapur tengok terbentang luas tepung gandum,so i decided to cook cekodok since memang dah lama nak masak pun cuma macam masa tak mengizinkan.aceehhh.hehe. Hmm afterall i'm not so a good cooker, not soooo good but good cooker ok:P hehehe 

Okay so here the story, selepas membancuh tepung, tuan puan boleh mula panaskan minyak, dan tuan puan boleh masukkan tepung yang telah di bancuh kedalam kuali yang telah dipanaskan pada 1800C,setelah lebih kurang 4-5 minit cekodok anda sedia terhidang, dan  boleh di makan✌✌✌.k overr..

Lepas dah masak, of course la tukang masak akan jadi juri pertama untuk diri sendiri, once masukkan cekodok dalam mulut..i was likeee MASINyaaaa :( mungkin kerana angkara terletak ikan bilis terbanyak, kerana nafsu bilis time tu agak meningkat.haha.tapi actually mulut time tu nak sangat makan benda cam manis2 tiba2 cekodok masin..

Tapi time tu terfikir quote ni " Allah does not give what you want but what you need " lalu diri ini pun meng'apply'kan quote ini dalam kisah cekodok ni.hehe.maybe what i need at that time benda masin, not what i want which is benda manis. erk?

Hmmm sama lah macam kehidupan ni, selalu sangat question kenapalah bla bla, kalaulah bla bla kurang sangat bersyukurrrr kan kan.. * ke saya je??  * see what Allah said in quran :


“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH  jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah, 2:216)

 And see also this hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.”  (HR Muslim)

Fuhh perlu kene sangat berusaha untuk percaya what Allah give is always the best wholeheartedly. Dan keyakinan tu tak terbina dengan hanya makan minum tidur je kan? Hmm you know what i mean....jom berusaha bersama! Yeay!



nah cekodok!
sekadar gambar hiasan.copy dari internet.hikhik


-10.25pm,22-03-2013,rumah manis rumah-



things to ponder..

...Renungkanlah kandungan-kandungan Al-quran. Ada satu petikan dari kitab Taurat yang dinukilkan dalam kitab Ihya 'Ulumuddin, Allah s.w.t berfirman, '' wahai hambaKu, apakah kamu tidak malu terhadapKu? jika kamu menerima sepucuk surat daripada kawanmu semasa kamu sedang berjalan, kamu akan duduk berhenti si suatu tempat serta membaca surat itu dengan penuh perhatian dan kamu akan merenung setiap perkataan. Sedangkan, kitabKu telah datang kepadamu dan dalam kitab itu Aku telah menerangkan segala sesuatu. sesetengan perkara yang penting Aku ulang-ulangkan beberapa kali supaya kamu memikirkan tentang perkara itu, tetapi kamu tidak pun mempedulikan kitab itu. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada kawanmu? Wahai hambaKu, sesetengah rakan-rakanmu duduk bersamamu serta berbual-bual denganmu dan kamu memberikan sepenuh perhatian kepada mereka. Kamu akan mendengar dan akan cuba memahami perkataan mereka. Sekiranya ada sesiapa yang mencelah maka kamu akan melarangnya dengan isyarat tanganmu. Aku berkata-kata melalui kitabKu tetapi kamu tidak sedikit pun memberi perhatian kepadaKu. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada rakan-rakanmu? ''


copied from this book

headshot.
forgive me Ya Rabb.




-9.51 am, 09-02-2013,home sweet home-